Takbir Hari Raya Aidiladha

Takbir Hari Raya Aidiladha ialah takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan sembahyang fardhu atau sembahyang sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan sembahyang Asar pada hari Tasyriq yang terakhir.

Sama-sama kita bertakbir memuji dan mengagungkan ALLAH swt!

maklumat lanjut: Takbir AidilAdha

sumber artikel: Beliamuda.com




takbir raya


































Tip Haji

Rakan2 yang akan menunaikan haji bertanya apa tip untuk mereka. Dibawah ni saya senaraikan beberapa pesanan yang pernah diberi kepada saya:

~ Daripada sebelum pergi sehingga pulang nanti..... setiap saat sentiasa Fikir baik, Cakap baik, Buat baik! Walau apa pun kejadian yang dihadapi, tetapkan minda, hati dan perbuatan pada tiga 'habit' tu..... otomatik kita jadi orang yang sabar, tidak buat maksiat/keburukan dan tidak bertengkar.

~ Tetapkan hati ikhlas kerana Allah, concentrate beramal-ibadat dan muhasabah diri. Berserah kepada Allah sepenuhnya.... Ia akan menjaga diri, keluarga dan harta kita.

~ Wukuf ialah daripada Zohor hingga Maghrib di Arafah. Jangan tidur, jangan berbual2 dan jangan buang masa. Wukuf ialah 'highlight' haji. Waktu itu Allah turun ke langit dunia dan berbangga di hadapan malaikat atas hamba2Nya. Selepas solat Zohor berjemaah, asingkan diri dari orang lain, gunakan setiap saat untuk bertaubat, bersyukur, berdoa, bertaqarub. Menangislah di hadapan Allah sebagai hamba yang bersyukur atas segala macam nikmat yang diberiNya dan sebagai hamba yang memohon keampunan, keredhaan dan kasihNya.....

~ Belajar teknik ambil wuduk guna satu botol kecil air mineral, dan yakin sempurna.

~ Permudahkan diri masa solat jemaah. Kalau terpaksa (orang sesak dan solat dah mula), solat aje berdiri di belakang orang. Dia rukuk/sujud, kita rukuk/sujud juga tetapi berdiri.

~ Semasa di Madinah, selawat banyak2. Lawatlah Rasulullah hari.

~ Ikut aje cakap ustaz. Dia cakap berilmu. Tanya boleh, tapi usah kita berloyar buruk.

~ Jangan terlalu memikirkan tentang mengelak dari tersentuh wanita. Buat kerja kita. Kalau TERsentuh dan tidak naik syahwat, tidak batal wuduk.

~ Khidmat bagasi haji (dari Pos Malaysia) sangat berguna. Sebelum balik, dah boleh hantar kurma dan barang ke mak bapak di kampung.

~ Haji ialah masa untuk berkenalan. Kalau nak, sebelum pergi print name card (nama, email, phone number, blog, website). Boleh beri pada sesiapa untuk silaturrahim.

~ Buat amal ibadat sebanyak2nya.... zikir, baca Al-Quran, solat sunat siang & malam, solat jenazah, usung jenazah, tawaf sunat, umrah etc. Namun, jangan terlalu memaksa diri sampai melebihi kemampuan tubuh. Yang paling penting ialah wukuf.

~ Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah.

~ Semoga Allah kurniakan sahabat2 kemudahan dan kelapangan dalam beribadat, serta dikurniakanNya Haji dan Umrah yang mabrur.

** Tips Haji tambahan di Facebook Azmi Ahmad

Pada sahabat2 yang nak tambah tips, sila click "COMMENTS" di bawah :)
.

Hamba Mu Datang Ya Allah....






HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu;

HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu;

Sesungguhnya segala pujian, nikmat
dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tidak ada sekutu bagiMu .

Here I am O Allaah (in response to Your call), here I am;
Here I am, You have no partner, here I am;
Verily all praise, grace and sovereignty belong to You.
You have no partner.

Kepada jemaah Malaysia yang menunaikan haji. Semoga mendapat Haji yang Mabrur. Semasa di sana... tetapkan diri untuk Fikir baik, Cakap baik dan Buat baik setiap detik. Doakan kecemerlangan dunia akhirat untuk diri, keluarga dan sahabat2. Sampaikan salam kami pada Rasulullah (saw). Semoga kami sekeluarga dapat pergi lagi secepat yang mungkin....

Kepada saudara Islam saya yang belum menunaikan haji, daftarlah dengan Tabung Haji sekarang. Selepas daftar, kena tunggu beberapa tahun mengikut giliran kuota. Kalau dah boleh melancong, berumah cantik, berkereta besar dan hidup berjenama.... tidak ada alasan untuk mengelak dari mendaftar haji. Sahutlah panggilan Allah sekarang. Kalau dah daftar, at least boleh minta pelepasan kalau tidak kesampaian menunaikan haji.

.

Talbiyah di Arafah

Talbiyah Jemaah Haji di Arafah.....

Solat Di Mana Saja!

Solat mudah ditunaikan di mana jua. Tanggungjawab kita kepada ALLAAH ditunaikan dan hati kita turut tenang. Tip-tip berikut memudahkan solat semasa mengembara, bermusafir atau berlibur lebih2 lagi apabila ke luar negara:

1. Persediaan Sebelum Bergerak
- Cara Solat Sunat Musafir, Solat Jamak dan Solat Qasar
- Cara mengambil wuduk dengan satu botol air
- Buat nota waktu solat di semua tempat2 yang dituju
- Bawa Kompas Kiblat
- Bawa sejadah nipis dan ringan (kain atau plastik)
- Bawa botol mineral water kosong 500 ml
- Bawa sarung tangan dan stokin untuk wanita
- Cari peta atau tunjukarah masjid berdekatan

Waktu Solat dan lokasi Masjid di serata dunia boleh didownload daripada www.IslamicFinder.org dan www.IslamiCity.com.
2. Permulaan dan Sepanjang Perjalanan
- Solat Sunat Musafir
- Laungkan Azan
- Baca doa naik kenderaan
- Zikir semasa perjalanan
- Saksikan Keagungan ALLAAH sepanjang perjalanan
- Amalkan sunnah2 Rasulullah semasa bermusafir
3. Bersuci
Kalau tandas hanya ada toilet paper, tadah air di sinki guna botol kosong dan bawa masuk ke dalam tandas. Selepas kesat dengan toilet paper, bilas dengan air bersih.

Namun jika tidak ada air, boleh gunakan cara2 lain untuk beristinjak seperti yang terangkan oleh Ustaz Hassan Din dan Ustaz Azhar Idrus.
4. Berwuduk
Apabila berwuduk, tidak perlu guna melimpah2 air dan mengangkat kaki ke atas sinki. Boleh menjadi kejutan budaya kepada ramai orang di luarnegara.

Semasa menunaikan haji, sangat berguna jika kita belajar mengambil wuduk dengan sebotol air mineral 500 ml kerana paip terlalu sedikit dan jemaah haji teramat ramai.

Jadi semasa mengembara, tadah air satu botol dan ambil wuduk di tepi pokok atau parit. Kalau mengambil wuduk di toilet, boleh basuh kaki di dalam tandas menggunakan air botol selepas membasuh muka, tangan dan kepala di sinki.

Dan sekiranya tiada air, tayammum seperti yang diterang dalam video2 ni.
5. Menunaikan Solat
Waktu solat tempat lain mungkin berbeza daripada Malaysia. Tulis waktu solat pada kertas kerana mungkin tidak dapat Internet akses bila diperlukan!

Kita boleh bersolat di mana2 tempat yang bersih seperti di tepi bangunan, di sudut taman dan sebagainya. Pastikan tidak mengganggu lalulintas!

Untuk bersolat, cari kiblat menggunakan kompas kiblat, bentang sejadah dan solat dengan khusyuk. Orang sekeliling tidak kenal kita pun!

Wanita yang telah bertudung dan memakai baju yang sesuai boleh terus bersolat dengan menyarungkan sarung tangan dan stokin.
6. Solat di Masjid
Jika ada peluang, lawatlah Masjid2 di luarnegara untuk bertemu Muslimin dan bersolat jemaah di sana. Jika menaiki bas atau keretapi, pastikan ada tahu stesen terdekat untuk ke masjid tersebut (dapatkan daripada laman web masjid sebelum bertolak).
Kalau ada tip atau cara yang lain, jemput berkongsi di ruang komen di bawah.

Semoga ALLAAH rahmati, redhai, berkati dan lindungi kita, keluarga dan sahabat2 sepanjang setiap perjalanan. Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin.
.