Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat

Jemput mendaftar dan sebarkan. Kelas untuk orang dewasa:
  1. Kuliah Subuh dan Maghrib di masjid-masjid
  2. Kursus atau kuliah Ustaz Zaharuddin
  3. Kelas Pengajian PERKIM
  4. Aktiviti oleh JAKIM
  5. Belajar Membaca Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  6. Kursus Bahasa Arab atau Inggeris, UIA
  7. Pengajian Usuluddin, Syariah atau Kewangan Islam, Universiti Malaya
.

Budak 13 tahun jadi bapak!

Di England, seorang budak lelaki berumur 13 tahun menjadi bapak paling muda di dunia apabila kekasihnya budak berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi perempuan! Keluarga mereka sangat gembira..... walaupun anak mereka masih budak berhingus dan belum tumbuh bulu ketiak!

Namun kegembiraan mereka terencat apabila dua orang budak lelaki (berumur 14 tahun dan 16 tahun) mengatakan mereka juga mengadakan hubungan seks dengan budak perempuan tersebut. Mereka sibuk bertelingkah dalam media tentang siapa bapak sebenar bayi tersebut!

Bagaimana perkara tersebut boleh terjadi!
Mungkin akibat cerita porno, mungkin video MTV, mungkin majalah dedah2?
Mungkin ikut pelakon2 cerita High School Musical dan sepertinya?
Mungkin cerita kartun zaman ni yang ada cium2 dan cintan2?

Fikir sendiri dan buat amar makruf nahi mungkar dengan hikmah.

Pengajaran daripada Alfie Patten Chantelle Maisie

Na'uzubillahiminzalik....
Ya Allah lindungi keturunan kami dari keji dan mungkar!
.