Takwa dan Tawakkal

.

Barangsiapa yang BERTAQWA kepada Allah, nescaya nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); Dan mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala perkara yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan kadar dan masa bagi tiap-tiap sesuatu.
[Surah 65. At-Talaq: ayat 2 & 3]

TAQWA... takut hanya pada Allah = Buat segala perkara yang disuruh Allah dan jauhi segala perkara yang dilarangNya. Orang yang bertaqwa mempunyai peribadi and pekerti yang mulia.... asas untuk kejayaan. Juga bila takut hanya pada Allah, maka tidak takut atau malu pada orang lain dalam mengerjakan perkara-perkara yang baik..... asas untuk kejayaan juga. {baca buku HarunYahya}

TAWAKKAL... berserah pada Allah = Selepas berusaha sedaya-upaya, kita berserah pada Allah. Ini akan membawa ketengan hidup dan mengelakkan dari tekanan jiwa. Setiap orang hanya dapat berfungsi pada tahap paling produktif dan kreatif bila ia dapat memberikan sepenuh tumpuan pada tugasan dengan tenang. {baca buku HarunYahya}

Amalkan dan renungkan maksudnya...
.

No comments:

Post a Comment