"Demi Masa"

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." [ Surah 103, Al-Asr ]
  • Nak tahu nilai 1 TAHUN ~ tanya pelajar yang gagal peperiksaan;
  • Nak tahu nilai 1 BULAN ~ tanya ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan;
  • Nak tahu nilai 1 MINGGU ~ tanya editor akhbar mingguan;
  • Nak tahu nilai 1 HARI ~ tanya buruh gaji harian yang ada anak untuk diberi makan;
  • Nak tahu nilai 1 JAM ~ tanya kekasih yang sedang menanti untuk berjumpa;
  • Nak tahu nilai 1 MINIT ~ tanya penumpang yang tertinggal keretapi;
  • Nak tahu nilai 1 SAAT ~ tanya pemandu yang berjaya mengelak dari kemalangan;
  • Nak tahu nilai 1 MILI-SAAT ~ tanya pelumba lari pecut yang dapat tempat kedua.

No comments:

Post a Comment