Surah 88: Al-Ghashiyah ("The Overwhelming")



Read Surah Al-Ghashiyah online, click here:
  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  • [1] Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
  • [2] Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina.
  • [3] Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah.
  • [4] Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar).
  • [5] Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
  • [6] Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri.
  • [7] Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
  • [8] (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
  • [9] Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).
  • [10] (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya).
  • [11] Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.
  • [12] Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir.
  • [13] Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).
  • [14] Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).
  • [15] Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar).
  • [16] Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
  • [17] (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
  • [18] Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
  • [19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
  • [20] Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
  • [21] Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
  • [22] Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
  • [23] Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar.
  • [24] Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
  • [25] Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka.
  • [26] Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kami lah soal menghitung amal mereka.

No comments:

Post a Comment