Saya Tidak Rela!!!

Saudara Anuar Zain rela dicium peminat. Menurut akhbar Kosmo "Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha," kata Anuar dengan perasaan teruja. Menurut penyanyi itu apa yang dikatakan itu bukan perkara yang diluar dari batasan. "Ciuman hanya terbatas di pipi sahaja. Namun, semua 'aksi' ini adalah untuk keseronokan sahaja.

Puan Ziana Zain pulak mempertahankan adiknya bahawa isu itu (peluk cium bukan mahram) adalah perkara remeh-temeh. Dan bahawa orang melayu ini suka beranggapan negatif.

Tetapi saya TIDAK rela!

Tanggungjawab saya menyampaikan kepada saudara Anuar Zain, Puan Ziana, para artis dan juga sesiapa yang mempunyai pemikiran yang sama..... bahawa leset-leset, pegang-pegang, peluk-peluk dan kiss-kiss dengan bukan-mahram adalah seronok-seronok and remeh-temeh saja!

Saya sampaikan dengan sopan kerana bukan nak marah, tapi kerana kasih dan sayang kepada saudara-saudari. Saya takut saudara-saudari mendapat bala di dunia. Saya bimbang saudara-saudari di siksa dalam kubur. Dan saya sangat khuatir saudara-saudari dihumban ke neraka jahanam!

Yang halal itu jelas. Yang haram juga jelas. Kalau nak buat juga perkara haram, tidak usah berdolak-dalik. Cakap saja dengan nyata bahawa anda faham benda itu berdosa dan anda buat kerana mencabar larangan Allah dengan sengaja. Kalau tak berani cakap begitu, jangan buat. Kalau tidak segan berkata begitu pada Allah, maka Allah akan membuat ketentuan.

Abang-abang.... bimbinglah anak-isteri. Kakak-kakak...... jadilah contoh yang mulia. Adik-adik, jaga diri dan kawal nafsu. Ada banyak cara lain untuk mendapat keseronokan, yang halal lagi mendapat berkat.

Saya telah sampaikan peringatan Allah, nanti di Padang Mahsyar jangan kata saya tidak prihatin dan tidak beritahu. Semoga Allah kurniakan hidayat dan kekuatan kepada kita, keluarga dan sahabat2 dalam menghadapi cabaran dan godaan di sekeliling.

Saudara Anuar Zain, jangan izinkan orang cium dan peluk. InsyaALLAh, orang yang bertaqwa lebih murah rezeki dan lebih berbahagia dunia akhirat...... itu janji Allah, bukan kata saya.
.