100%... bukan 50% atau 150%

Islam menggalakkan "sederhana" dalam ibadat, perniagaan, pekerjaan, berkeluarga dan seterusnya. Tapi sederhana bermakna memberi seratus peratus iaitu 100%.

Kalau 50% sahaja, bermakna tidak sepenuh jiwa, tenaga dan usaha... sudah pasti keputusannya tidak cemerlang.

Kalau 150% bermakna ada bahagian lain dalam hidup kita yang diabaikan.

Sederhana itu yang terbaik. Jadi hidup sederhana dengan seimbang dalam semua perkara. Dan sederhana bermakna 100%..... bukan 50% (sambil lewa) atau 150% (melampaui batas).
.

Pork Served in Abu Dhabi's Hotel

Jeff Ooi wrote in his Screenshots about his "rude culture schock" in Abu Dhabi:
"I had a rude culture shock this morning when I turned up for breakfast at the Beach Rotana hotel. The first food counter I walked past was labelled P O R K. It was situated alongside other food counters serving an array of international and regional guests.
A culture shock because, even back home, the most liberally progressive and the most modern of Kuala Lumpur hotels don't do what Abu Dhabi hotels are doing. (My local friends told me Le Meridien Riyadh is no different in handling pork station at its F&B outlets. Open and non-discriminatory, just prominent labelling.)
Suddenly, just like the zen experience of catharsis ( Κάθαρσις ) and satori ( 悟 ), I realised how much I had been brain-washed all along by political Islam back home.
I used to read Jeff's blog, but had stopped for quite a while. However, I paid a visit when a friend forwarded the above article. It is interesting to read the readers' comments and Jeff's answers. Its not for me to judge whether he is arrogant or not, whether he has ulterior motives, whether it is about politic or religion etc. It is His blog and His observation.... upto him lah.

This is my blog and I say what I like, and I share what I believe :)

Al-Quran and Hadith guide me in my daily life. I do not seek guidance from any hotel regardless of how many stars nor from any bloggers regardless of their writing skills.

Touching pig (pork, skin etc) is considered "dirty". To clean requires pouring water seven times, one of which is with water mixed with soil (tanah). That is so much work, which is why I will get as far away from pig (and dog). I have nothing against those animals and I detest people who mistreat them.

Eating pork is prohibited in Islam and if it becomes part of me, then my doa and solat may be rejected because my body is not pure. In times of hunger and there is no other food, Allah allows me to consume pork (or anything) just enough for survival. Yes, committing adultery, not performing solat and vicitmising other people are greater sins..... but eating pork is still prohibited.

Come to One Utama, you will see rows of Non-Halal Restaurants within the building. You like pork, you eat lah. No limitations, no restrictions, no discriminations. So what big deal hotel in Abu Dhabi? Nothing lah. Hotels in Malaysia wants to serve pork? Serve lah, no problem for me. I just go to other hotels and restaurants which serves my personal choice. Free market what!

It just happened I watched a documentary on History Channel about the Spanish Inquisition; how Queen Isabella used pork to control Muslims and Jews who were forced to convert to Christianity. I didn't write those history, you can read Here and read Here.
.

Setting the Record Straight

This is an interesting article which sets the record straight on inventions which should be attributed to Islamic scholars. For complete article, goto here and also here.
The concept that the sciences are exclusively the products of Western minds remains unquestioned by most individuals. A review of any of the standard texts or encyclopedias regarding the history of science would support this view. As these books are perused, it becomes evident that the only contributors given significant mention are Europeans and/or Americans. It is hardly necessary to repeat the oft-mentioned names: Galileo, Copernicus, Kepler, Bacon, Newton, Da Vinci, Benjamin Franklin, etc.

The unavoidable conclusion is that major contributions to the development of the modern sciences by other cultures is minimal. Most texts give little or no mention of the advancements made by ancient Indian, Chinese or, particularly, Muslim scholars. Western civilization has made invaluable contributions to the development of the sciences. However, so have numerous other cultures.

Unfortunately, Westerners have long been credited with discoveries made many centuries before by Islamic scholars. For example:
What is Taught: The first mention of man in flight was by Roger Bacon, who drew a flying apparatus. Leonardo da Vinci also conceived of airborne transport and drew several prototypes.
What Should be Taught: Ibn Firnas of Islamic Spain invented, constructed and tested a flying machine in the 800's A.D. Roger Bacon learned of flying machines from Arabic references to Ibn Firnas' machine. The latter's invention antedates Bacon by 500 years and Da Vinci by some 700 years.
What is Taught: Leonardo da Vinci (16th century) fathered the science of geology when he noted that fossils found on mountains indicated a watery origin of the earth.
What Should be Taught: Al-Biruni (1lth century) made precisely this observation and added much to it, including a huge book on geology, hundreds of years before Da Vinci was born. Ibn Sina noted this as well (see pages 100-101). it is probable that Da Vinci first learned of this concept from Latin translations of Islamic books. He added nothing original to their findings.
For more setting the record straight, goto Cyberistan.org.

One important note to add. Muslims need to go beyond glorifying past achievements. Use the history for motivation. Lifelong learning is an Islamic principle! Move it....
..

Sihat itu Nikmat, Sakit itu Hikmat

Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan kita kesihatan dan kesempurnaan. Sekiranya Allah menguji kita dengan mengambil semula kesihatan yang dipinjamkan..... tingkatkan taqwa, tuluskan doa, gandakan ibadah dan tetapkan tawakal.

Allah Maha Mengetahui hikmah dalam ujianNya. Masih banyak nikmat yang boleh kita syukuri termasuk kesihatan dan keimanan keluarga tersayang. Iktibar yang baik daripada kisah Nabi Ayub atau Prophet Job.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kepada saudara yang uzur, kita bantu sedaya upaya dengan usaha, wang, doa dan sebagainya. Berikut ialah sumbangan idea, semoga dapat membantu:

1. Teknik Berkomunikasi Alternatif

Ada pesakit yang lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bercakap, tetapi mempunyai minda yang berfungsi dan berupaya. Teknik alternatif boleh diguna untuk terus berkomunikasi:
  • Memilih huruf dengan kerlipan mata ~ dengan bantuan fisionya, Jean-Dominique Bauby telah "menulis" buku The Diving Bell and the Butterfly menggunakan hanya kerlipan mata kiri beliau.
  • Renungan mata ~ contohnya Russ menggunakan mesin renungan khas
  • Touchpad ~ sekiranya jari boleh digerakkan
  • Interface suara ~ seperti yang diguna oleh Stephen Hawking
(Baru terjumpa artikel yang jelas daripada Jepun = Communicating with Nonverbal Patients in India: Inexpensive Augmentative Communication Devices. Klik di sini)

2. Kekuatan Otak Manusia

Allah mengambil dan Dia juga berkuasa memberi semula kekuatan dan kesihatan. Berikut adalah contoh yang memberi inspirasi kepada kita:

  • Jean-Dominique Bauby menulis sebuah buku
  • Stephen Hawking dikenali sebagai seorang pakar astro-fizik genius
  • Dr Jill Bolte Taylor sembuh daripada lumpuhnya walaupun mengambil masa 8 tahun (video dan google)
  • Morris Goodman yang juga dikenali sebagai "The Miracle Man" bangun berjalan semula setelah terlibat dalam kemalangan kapalterbang. Di bawah ialah video beliau. Juga perhatikan cara komunikasinya dengan teknik kerlipan mata:



3. Positif dan Semangat

Contoh mereka yang di atas mempunyai sikap yang sangat positif dan semangat yang kental. Antara cara untuk membantu meransang semangat:
  • Jauhkan dari menonton dan membaca berita
  • Jauhkan dari rancangan tv, cd dan internet yang tidak memberi faedah
  • Tonton VCD yang memberi inspirasi seperti "The Secret" dan menambah keimanan seperti "HarunYahya"
  • Dengar bacaan buku pemikiran positif dan buku Islam (melalui kaset atau dibacakan)
  • Cerita yang baik, positif dan memberi semangat
4. Dekatkan Diri Pada Allah

Setiap kejadian mempunyai hikmah yang hanya diketahui Allah. Berikan semangat dan sokongan kepada pesakit untuk mendekatkan diri kepada Allah, contohnya:
  • Kerjakan solat wajib dengan isyarat (keringanan, tayammum, kohalal)
  • Kerjakan berbagai solat sunat termasuk solat hajat
  • Berzikir, beristighfar, bersolawat dan berdoa
  • Menghafal Al-Quran dan terjemahannya
  • Belajar ugama dari ustaz yang melawat
Disiarkan dalam rancangan Al-Kuliyyah (TV3) bahawa pesakit yang terbaring stroke boleh bertayammum (episod 7 nov 2008). Kata Ustaz Abdullah "Dia sakit dan tidak boleh pergi ke air. Air ada tapi dia stroke atau lumpuh, dia tidak boleh pergi ke bilik air". Beliau juga memberitahu dalam kapalterbang boleh solat dengan bertayammum.

Berikut pula ialah ulasan Ustaz Asri tentang tayammum dan orang sakit. Beliau juga tidak bersetuju dengan konsep "solat hormat waktu" (sama ada di dalam kapalterbang dan oleh orang yang uzur). Tambah beliau, cukup tayammum hingga ke pergelangan tangan (hingga ke siku ialah sunat). Sesungguhnya Allah memudahkan kita....



5. Rawatan Alternatif

Manusia berusaha, Allah menentukan. Antara rawatan alternatif untuk angin ahmar:
Sahabat saya Abu Bakar terlantar kerana stroke. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah mengurniakan beliau sekeluarga dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Dan semoga Allah makbulkan doanya serta ditambah dengan yang lebih baik. Amiiin......
.

Quit Smoking

Free resourceful e-book Never Take Another Puff (212 pages)

Free quit smoking counters

More stories, lessons, tips and support at WhyQuit.com

All the best in your effort to quit smoking.
Many ex-smokers worldwide can do it, so can you!
Simple take one day at a time and see yourself living as non-smoker :)
.

Salam from a Muslim Sister

(Our sister made this video one day after giving her Syahadah).
Wa'alaikumsalam wrmt Sister. May Allah grants you excellence here and hereafter!


.

ALLAH......

.
Ingin bercakap terus dengan Allah?.... SOLAT

Ingin mendengar perkataan Allah?..... Baca AL-QURAN
.

Al-Quran

30 Juz = 19 Juz Makkiyah dan 11 Juz Madaniyyah

114 Surah = 86 Surah Makkiyah dan 28 Surah Madaniyyah

6,236 Ayat = 4,780 Ayat Makkiyah dan 1,456 Ayat Madaniyyah

604 mukasurat = mushaf yang saya biasa guna

Surah paling panjang = Surah Al-Baqarah (2) dan berjumlah 286 Ayat

Ayat paling panjang = Surah Al-Baqarah: Ayat 282 (3 muka web)

Nishful Quran (pertengahan Al-Quran)
= Surah Al-Kahfi (18), Ayat 19
= Walyatalattof
= dan hendaklah dia berlaku lemah lembut
= Video bacaan Surah Al-Kahfi oleh Al- Shuraim


.

Etika Bisnis Dalam Islam

Aa Gym ialah seorang pendakwah dan usahawan yang berjaya. Di bawah ialah 4 minit daripada taklimatnya tentang "Etika Bisnis di Masa Krisis":



~ Untuk video Aa Gym selanjutnya: klik sini
~ Tentang MQ Corporation: Kuncinya hati yang bersih ; Carian Google
~ Tentang Aa Gym: Wikipedia ; Times magazine ; Inside Indonesia
.

Lancar Baca Al-Quran

Seorang sahabat Cina saya berugama Islam mengeluh dia tidak dapat baca Al-Quran dengan lancar dan laju seperti orang Melayu. Katanya lidah orang Cina susah baca Al-Quran. Masa tu saya pun tak tahu nak jawab macam mana. Semalam, dapat ilham untuk menjawabnya....

Semua bangsa boleh baca Al-Quran dengan lancar. Kita ada Brother Lee dan Ridhuan Tee sebagai contoh bangsa Cina. Ada Ustaz Ravi Abdullah dari bangsa India yang mengajar Al-Quran di Tilawah Interaktif (RTM1). Dan contoh2 dari pelbagai bangsa yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

Saya dulu baca Al-Quran tersangkut-sangkut. Alhamdulillah sekarang boleh lancar. Mungkin ini cara yang boleh digunakan:
  • Mesti berdoa dan yakin Allah mudahkan

  • Baca Al-Quran, jangan tunjuk dengan pen atau jari. Guna mata sahaja bila membaca Al-Quran. (Bila baca buku, kita tidak tunjuk dengan apa-apa alat!)

  • Sewaktu membaca, mata lihat huruf ke hadapan. Contohnya kalau nak baca Bismillah... bila mulut baca "Bis", mata sudah melihat "mil". Bila mulut baca "mil", mata sudah sampai ke "lah". (Pun sama macam kita baca buku atau suratkhabar, mata kita baca ke hadapan mendahului mulut)

  • Dengar dan ikut bacaan qari seperti Al-Ghamidi dan Masyari. Saya nasihatkan pada awal belajar Al-Quran, jangan ikut qari Tarannum sebab kita jadi sibuk nak ikut lagu. Yang penting ialah lancarkan bacaan, dengan melodi biasa pun okay.

  • Belajar tajwid daripada asas
  • Gunakan Al-Quran yang ada tanda tajwid
  • Amalkan baca Al-Quran setiap hari
Semoga dapat membantu. Kalau ada idea tambahan, jemput klik "comments" di bawah.
.

Solat, Zikir dan Usaha

Solat, Zikir dan Usaha untuk mencapai ketenangan dan keuntungan:

Surah An-Nisaa [4], Ayat 103
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, ingatlah Allah semasa kamu berdiri, duduk dan berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah Al-Jumu'ah [62], Ayat 10
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Surah Al-Jumu'ah [62], Ayat 11
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Tidak Bimbang dan Tidak Berdukacita

Surah Yunus (10): Ayat 62 - 64:
[62] Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[63] (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.
[64] Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
Wali Allah tidak bimbang (terhadap masa hadapan) dan tidak berdukacita (di atas kejadian masa yang lalu). Orang yang tidak bimbang akan sentiasa tenang dalam setiap keadaan. Orang yang tidak berdukacita akan sentiasa hidup aman.

Bagaimana nak mencapai kehidupan yang "tidak bimbang" dan "tidak berdukacita"? Jadilah orang yang beriman (berpegang pada aqidah) dan sentiasa bertaqwa (menjaga diri untuk melakukan apa yang Allah suruh dan menjauhi apa yang Allah larang)!

Orang yang beriman dan bertaqwa akan terus menimba ilmu pengetahuan sampai liang lahad, menjaga akhlak terhadap sekalian makhluk, berusaha dengan penuh ikhlas kerana Allah (jadi pasti tidak menipu), mengajak kepada kebaikan, melarang dari kemungkaran dan berserah kepada Allah setelah membuat yang terbaik.

Allah berjanji wali-waliNya (iaitu semua orang yang beriman dan bertaqwa) akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
.

Trichinosis or Trichinellosis

Islam and Judaism prohibited its followers from consuming pork. Yes, Jews do not eat pork! I read in some articles that Bible prohibited pork too, you can Google that yourself (I will not comment since I have not studied it yet).

Islam also prohibits the consumption of carnivourous animals. So why Muslims must not consume pork and carnivourous animals? First, because it is God's command. He is All-Knowing and knows what's best for all His creation.... including human being. This reason alone is enough for a Mukmin, those who firmly believe in God and His Prophet.

Second reason why a person must not eat pork and carnivourous animals.... because they carry health risks. Sure, one can argue about the modern cooking methods etc. But it is so easy to slip-up in preparing and cooking meat. You can read the articles Medicinet and WebZiner.

And this is a short video on Histopathology Skeletal muscle--Trichinosis:


.

Eyes Overflowing with Tears

And when they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognise the truth: they pray: "Our Lord! we believe; write us down among the witnesses [Surah Al-Maidah 5 : Ayat 83]

As-Shuraim crying reciting Al-Fatihah and Al-Fajr



Ghamidi crying reciting Al-Fatihah



Misyary crying reciting Al-Fatihah and Al-Qadr



Recitation and translation of Al-Fatihah


.

Jiwa Tenang, Hidup Senang

  • Bekerja penuh jujur, efektif, inovatif, cemerlang kerana ALLAH
  • Hidup bersikap positif dan berpekerti mulia kerana ALLAH
  • Jaga mata, lidah, telinga, tangan, kaki kerana ALLAH
  • Fikir baik, cakap baik, buat baik kerana ALLAH
  • Belajar dan sampaikan ilmu kerana ALLAH
  • Makan, minum, rehat kerana ALLAH
  • Amalan ikhlas kerana ALLAH
  • Semua kerana ALLAH
Kalau niat bukan kerana ALLAH, apa nak jawab nanti di Padang Mahsyar?

.

Apa itu Taqwa?

oleh Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi


Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :

يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt.

Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang iasa disebut sebagai management by objective .

Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.[1]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :

أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ

“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”.
( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )[2]

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.

Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.[3]

Menurut Ibnu Abbas r.a. : “Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya”.[4]

Menurut Hasan al-Basri : “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”.[5]

Berkata Abu Yazid al-Bustami : “Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah”.[6]

Martabat Taqwa .

Menurut Al-‘Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;[7]

Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan “Kalimat at-Taqwa” dalam firmanNya :

“…lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa …”.
( Surah Al-Fath . Ayat : 26 )

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : “لا إله إلا الله محمد رسول الله” atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.[8]

Martabat kedua : menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt. Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;

“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt ).”
( Surah Ali Imran. Ayat : 102 )
Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa .

Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .

Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .

Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak , moral dan aqidah. Saksikanlah , bagaimana dunia kini amnya dan Negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah , sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia .

Menyedari reality dunia dan ummah hari ini , marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa , minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .

Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi. Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah .

Kurniaan Allah kepada Pejuang yang Bertaqwa

1. Pejuang yang bertaqwa akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat

Pejuang bertaqwa akan dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan kemenangan oleh Allah di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

“….maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu beroleh kejayaan”.
( Surah Al – Maidah. Ayat : 100 )

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan”.
( Surah An-Naba’: Ayat 31 )

Kejayaan yang dimaksudkan itu ialah kehidupan mereka akan dilimpahi berkat oleh Allah dan terbukalah pintu rezki seluas-luasnya kepada mereka serta terhasillah kepada mereka segala sebab yang membawa kebahagiaan dan ketenteraman hidup biarpun kehidupannya sebagai seorang pejuang sering dihalang dan diganggu gugat oleh musuh – musuh Allah swt. Renungkanlah firman Allah ini :

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.
( Surah Al-A’raf : Ayat 96 )

Menurut para mufassirin , yang dimaksudkan dengan keberkatan dari langit ialah turunnya hujan dan keberkatan dari bumi pula ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan.

Termasuklah keberkatan tersebut segala macam nikmat dan rezki, begitu pula segala perkara yang menyebabkan wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi . Adalah menjadi dasar yang diakui oleh al-Quran bahawa adanya keimanan yang sejati dan agama yang benar akan menyebabkan pula wujudnya kebahagiaan di dunia. Kebahagiaan di dunia itulah yang dinikmati oleh orang-orang yang mahu beriman dan bertaqwa kepada Allah.[9]

Kemuncak kejayaan dan kebahagiaan bagi orang-orang bertaqwa ialah di akhirat iaitu mereka akan dikurniakan kenikmatan syurga oleh Allah. Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertaqwa sebagaimana firmanNya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertaqwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam surga yang penuh keni`matan”.
( Surah al-Maidah: Ayat 65 )

2. Pejuang yang bertaqwa dihapuskan kesalahan dan diampunkan dosa oleh Allah

Antara kurniaan Allah kepada orang-orang bertaqwa ialah pengampunan dosa. Kesalahan-kesalahan mereka akan dihapuskan oleh Allah dan dosa-dosa mereka akan diampunkanNya. Ini adalah janji Allah yang termaktub di dalam al-Quran sebagaimana firmanNya:

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.
(Surah al-Anfal: Ayat 29 )

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.
( Surah Al-Ahzab: Ayat 71 )

Menurut Imam An-Nasafi : Kesalahan-kesalahan (السيئات) yang dihapuskan Allah dari orang-orang bertaqwa itu ialah dosa-dosa kecil mereka (الصغائر), dan adapun pengampunan yang Ia kurniakan kepada mereka ialah ke atas dosa-dosa besar (الكبائر).[10]

Berkata Imam asy-Syaukani : “‘Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu’ maksudnya ialah Ia menutup kesalahan-kesalahan kamu sehingga tidak kelihatan (kepada orang lain) dan Ia mengampunkan dosa-dosa yang kamu lakukan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ‘kesalahan-kesalahan’ (السيئات) ialah dosa-dosa kecil dan yang dimaksudkan dengan ‘dosa-dosa’ (الذنوب) ialah dosa-dosa besar.

Menurut Imam Ibnu Kathir; “Allah berjanji kepada mereka (yakni orang-orang bertaqwa) bahawa ia akan mengislahkan amalan-amalan mereka (yakni memberi taufik kepada mereka untuk melakukan amal-amal soleh) dan Ia akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang lalu dan adapun dosa yang dilakukan oleh mereka pada masa hadapan, Ia akan mengilhamkan kepada mereka taubat”.[11]

3. Pejuang yang bertaqwa sentiasa akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah

Orang-orang bertaqwa akan senantiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah. Mereka senantiasa berada di atas jalan yang benar dan terhindar dari kesesatan atau membuat pilihan yang salah dalam urusan hidup mereka. Firman Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (pertunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah…”.
( Surah Al-Anfal: Ayat 29 )

“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya (yakni hidayah dan pertunjuk) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
( Surah Al-Hadid: Ayat 28 )

Kata Imam Ibnu Kathir; “Orang yang bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan arahan-arahanNya dan meninggalkan tegahan-tegahanNya, ia akan diberi taufik (pertunjuk) oleh Allah untuk mengenal yang hak dari yang batil.

Inilah yang menjadi punca ia beroleh kemenangan, keselamatan dan jalan keluar (yakni jalan penyelesaian) dalam urusan-urusan duniawinya serta menjadi punca kebahagiaannya di akhirat, jua punca pelupusan segala dosa-dosanya dan punca ia beroleh pahala yang besar dari Allah”.[12]

Kitab al-Quran yang diturunkan Allah hanya orang-orang bertaqwa sahaja yang dapat mengambil petunjuk darinya. Ini kerana hanya mereka sahaja yang menyedari betapa tingginya nilai al-Quran dan bagaimana untuk mengambil manfaat dari ajaran dan hukum-hakamnya.[13]

“Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”.
( Surah al-Baqarah: Ayat 2 )

“(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah Aali Imran: Ayat 138 )

4. Pejuang yang bertaqwa akan sentiasa dibantu dan diberi pertolongan oleh Allah

Orang-orang bertaqwa adalah kekasih Allah. Allah Ta’ala sentiasa bersama dengan mereka; membimbing, menjaga, memelihara dan membantu mereka.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah At-Taubah : Ayat 4)

“…dan ketahuilah bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah At-Taubah : Ayat 36 )

Orang yang menjadi kekasih Allah, ia tidak akan diabaikan Allah. Apabila ia berada dalam kesusahan atau kesempitan, Allah akan mengurniakan pertolongan kepadanya dan membuka jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang dihadapinya. Bahkan orang-orang bertaqwa dikurniakan rezki oleh Allah dari jalan-jalan yang tidak disangkanya.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya) niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
( Surah Ath-Thalaq: Ayat 2-3 )

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”.
( Surah Yunus : Ayat 62-63 )

Kata Ibnu Abbas; “Orang yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan menyelamatkannya dari segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat”.

Menurut Abu ‘Aliyah; “Orang yang bertaqwa , Allah akan bukakan untuknya jalan keluar (yakni jalan penyelesaian) bagi segala macam kepayahan/kesusahan yang dihadapinya”.[14]

Apabila berhadapan dengan musuh, orang-orang bertaqwa akan sentiasa dinaungi dan dijaga oleh Allah sehingga perancangan jahat dan tipu-daya musuh-musuh mereka tidak akan mampu memudaratkan mereka sedikitpun.

“Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
( Surah Aali Imran: Ayat 120 )

[1] Mempertajam Mata Hati, Ibnu Athoillah As-Sakandari (Penggubah; Abu Jihaduddin Rifqi Al-Hanif), hlm. 76.[2] Lihat hadis ini dalam Tafsir al-Qurthubi : ayat 102, surah Ali Imran dan kitab Raudhatul Muttaqin , Syarah kitab Riyadhus Salihin , jilid. 1, bab at-Takwa.[3] Tafsir al-Qurthubi : ayat 2 , surah al-Baqarah .[4] Tafsir Ibnu Kathir (ayat 2, surah al-Baqarah).[5] Tafsir Ibnu Kathir (ayat 2, surah al-Baqarah).[6] Tafsir al-Qurthubi (ayat 2, surah al-Baqarah).[7] Al-Muqthathaf min ‘Uyun at-Tafasir, karangan al-Allamah Mustafa al-Khairi, hal. 27.[8] Lihat tafsir al-Jalalain.[9] Tafsir ‘Abrul Athir, Ahmad Sonhadji Mohamad, juz 9, hlm. 29-30.[10] Tafsir an-Nasafi, Imam Abi al-Barakat Abdullah bin Ahmad an-Nasafi (surah al-Anfal, ayat 29).[11] Tafsir Ibnu Kathir (Surah al-Ahzab, ayat 70)[12] Tafsir Ibnu Kathir (surah al-Anfal, ayat 29)[13] Al-Muqtathaf min ‘Uyun at-Tafasir (surah al-Baqarah, ayat 2)[14] Radhatul Muttaqiin (Syarah Riyadhus Salihin), jil 1, bab at-Takwa, hal. 113.

Takwa dan Tawakkal

.

Barangsiapa yang BERTAQWA kepada Allah, nescaya nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); Dan mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala perkara yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan kadar dan masa bagi tiap-tiap sesuatu.
[Surah 65. At-Talaq: ayat 2 & 3]

TAQWA... takut hanya pada Allah = Buat segala perkara yang disuruh Allah dan jauhi segala perkara yang dilarangNya. Orang yang bertaqwa mempunyai peribadi and pekerti yang mulia.... asas untuk kejayaan. Juga bila takut hanya pada Allah, maka tidak takut atau malu pada orang lain dalam mengerjakan perkara-perkara yang baik..... asas untuk kejayaan juga. {baca buku HarunYahya}

TAWAKKAL... berserah pada Allah = Selepas berusaha sedaya-upaya, kita berserah pada Allah. Ini akan membawa ketengan hidup dan mengelakkan dari tekanan jiwa. Setiap orang hanya dapat berfungsi pada tahap paling produktif dan kreatif bila ia dapat memberikan sepenuh tumpuan pada tugasan dengan tenang. {baca buku HarunYahya}

Amalkan dan renungkan maksudnya...
.

As Subhu Bada

Nasyid "As Subhu Bada" (Cahaya Subuh") sangat menenangkan perasaan. Untuk maklumat tentang berbagai versi nasyid ini, sila rujuk blog Hembusan.

Versi Raihan: (audio saja)



Assubhu badaa min tal'atihii
Wallaylu dajaa min wafaratihii
Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Arabic Version

Kerasulan diakui kerana kelebihan
ketinggian membawa ke jalan yang benar

Arabic Version
Keturunan yang baik keturunan mulia
Semua kaum arab mengikutinya

Arabic Version
Jibril pun datang di malam isra'
Tuhan membawanya sebagai pengalaman

Arabic Version
Muhammad penghulu kami kemuliaan bagi
Kami kerana hidup bersama - samanya

Versi Zain Bikha: (audio dan gambar)



English Translation of As Subhu Bada:

The morning light is by your countenance
And the splendour of the nights by your plaits

The master is a treasure of grace
The master is a treasure of mercy
He is the guide of the whole community
And the one who shows the way of the Sacred Law

They (sheep) came upon the gesture of a finger
Stones from the Hijaz began to speak
And the moon was split in two
By a single gesture of the finger

On the night of the Ascension
The Archangel Gabriel came with tidings of God
Allah called him to the heavens
(And) bestowed upon him the honour of intimacy

credit to Hembusan for the lyrics
.

I'tiraf

.berbisik-bisik lah memohon ampun dari Allah setiap hari



Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu

Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

lirik nasyid Raihan * versi Akil Hayy * versi Haddad Alwi
maklumat lanjut di Hembusan
.

Iblis Menggoda

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, lindungilah kami dan keluarga kami daripada godaan syaitan-nirrajeem (syaitan yang direjam), godaan hawa nafsu, godaan manusia dan tipudaya dunia. Tambahkan dan tetapkan iman kami dan janganlah Dikau serahkan kami.

Auzubillahiminasyaitanirrajim.
Iblis menggoda jangan pakai tudung sebab tak cool, apa orang lain kata :




Auzubillahiminasyaitanirrajim.
Iblis menggoda minum arak sebab rasa malu, apa orang lain kata:



Kalau kita menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, berhati-hati lah kalau terdengar bisikan2 "nanti apa orang lain kata". Memang itu bisikan syaitan, musuh anak Adam yang nyata. Baca Auzubillahiminasyaitanirrajim dan tetapkan bertaqwa!
.

Firman Allah... "Jauhi Zina" bukan Jangan Berzina

Allah memerintahkan "jauhi zina!". Perhatikan Allah tidak menggunakan firman "jangan berzina" tetapi Allah memerintahkan "jauhi zina". Sebab apa? Kerana Allah Maha Mengetahui iaitu..... godaan syaitan yang bercampur nafsu sex adalah sangat kuat, dan manusia mungkin melakukan dosa-dosa yang besar kalau mendekatinya.

Jauhi zina bermakna jauhi semua perkara2 yang boleh membawa kepada zina. Kakak2 dan adik2, jangan meleset2 dekat lelaki, jangan bermanja2 dengan bukan muhrim, jangan ikut kawan yang membawa ke neraka. Abang2 dan adik2, jaga pandangan mata, jangan ikut rasa, jangan jadi syaitan. Dan jangan ikut dakyah Zionis.... free sex, same sex, swing sex, sex in the city dll. Zionis panggil orang yang bukan bangsa yahudi sebagai "lembu"!!! Janganlah kita setuju dan jadi lembu!

Sex sepatutnya indah, hubungan halal antara suami-isteri, dinikmati dengan selesa dalam suasana tenang dan dapat pahala yang banyak! Islam memudahkan perkahwinan, ambil jalan yang halal. Tak perlu pun belanja puluh2 ribu nak nikah.

Kalau tak mampu tapi rasa teringin sangat, maka ikut nasihat Rasulullah..... jangan mendekati perkara yang boleh membawa kepada zina, fikir benda lain, banyakkan berpuasa dan sibukkan diri dengan benda2 lain yang boleh membawa kekayaan dan kemenangan.

Bila lelaki dan perempuan duduk berduaan, maka yang ketiga ialah Syaitan:



Jauhi zina. Kalau sudah akil baligh, pasti boleh mengandung. Kalau dah buat sex cara berzina, kemudian buang anak dalam tong sampah. Berapa banyak dosa besar tu? Kalau ulang2 lagi, berapa ribu tahun nak duduk dalam neraka? Mana nak letak muka depan Allah di akhirat nanti?

Prevention is better than cure. Kalau kawan kata tak cool, pedulikan dan ikut nilai diri sendiri. Dunia ini luas.... rezeki dan jodoh minta pada Allah. Mintak yang best, halal dan membawa ketenangan.



Tidak ada perkataan terlanjur dalam zina. Mana boleh tiba2 "terbuka" kain dan seluar? Tetapi kalau dah buat zina.... maka berhenti segera, jangan ulang lagi dan bertaubatlah memohon ampun kepada Allah dengan airmata setiap hari sehingga mati. Buat kebaikan sebanyak2nya. Moga-moga Allah menerima taubat tersebut. Hutang sebat 100 kali?..... tanya Mufti.
.

Jom jadi contoh Akhlak Paling Mulia

Setiap Muslimin dan Muslimat wajib menjaga kemuliaan diri dan akhlak. Bila itu dijaga dengan cermat, maka dengan otomatik kemuliaan Islam akan terserlah.

Kerana kalau ada yang terkehel, maka jadilah sebab seekor kerbau masuk lumpur, habis semuanya terpalit dan sebab nila setitik habis susu sebelanga.

Abang2, kakak2 dan adik2.... Islam ialah agama untuk skalian alam bukan untuk orang Melayu saja. Kisah di bawah mesti dijadikan pengajaran. Cara berdakwah yang paling mudah ialah dengan menjadi contoh jiwa, diri dan akhlak mulia yang paling baik. Hidup kita sentiasa fikir baik, cakap baik dan buat baik. Dan setiap gerak ialah kerana Allah. InsyaAllah, tak jadi terkehel macam orang2 kurang mulia di bawah yang melukakan hati saudara kita.

Kepada "Insan Derita", La Tahzan Innallahama'na..... janganlah bersedih kerana Allah bersama kita. Dan saya mengaminkan doa Dang Setia untuk anda:

Hati mualaf terluka (Harian Metro)

Dang Setia, kini saya bukan lagi seorang Muslim. Saya keluar daripada Islam kerana tidak tahan dihina dan dicaci. Sebenarnya, saya memeluk Islam bukan untuk suka-suka, berkahwin atau mengharapkan bantuan mana-mana pihak.

Ketika beragama Islam, saya dihina oleh orang kampung yang berkata: “Awak ni pernah makan babi pun ada hati nak masuk Islam?” Jika di tempat saya, apa perasaan Dang Setia?
Berdasarkan pengalaman saya, ramai saudara baru mengalami masalah serupa. Kami tidak pernah menerima bantuan sepatutnya daripada jabatan agama dan sebagainya. Itu kami tidak kisah, tapi yang menyedihkan ialah layanan buruk yang kami terima.

Pernah ketika saya ke jabatan agama untuk mendapatkan bantuan kerana sudah terdesak, saya dimarah dan dihina. “Kamu saudara baru ni tak ada kerja lain ke? Hanya nak minta bantuan saja?” Apa perasaan Dang Setia jika dihina begitu?


Sebenarnya, ada keluarga bukan Islam boleh menerima anggota keluarga memeluk Islam dan ada juga sebaliknya. Seandainya keluarga membenci dan membuang kami, ke mana kami hendak pergi?


Akhir kata, kepada jabatan agama Islam, bantulah saudara baru Islam kerana mereka memerlukan bimbingan. Jangan anda hina mereka sebagaimana anda menghina dan menyisihkan saya.


Seandainya saya meninggal dunia, kepada jabatan agama, jangan uruskan mayat saya mengikut cara Islam kerana kini saya bukan lagi seorang Islam.


INSAN DERITA
Johor


Jawapan Dang Setia


Mewakili seluruh umat Islam, Dang Setia memohon jutaan kemaafan di atas segala kesulitan, kesengsaraan dan penghinaan yang anda terpaksa lalui sepanjang menjadi Muslim. Sesungguhnya Dang Setia berasa kecewa dan bersalah kerana anda terpaksa melalui pengalaman pahit itu.

Rasa bersalah dan kecewa semakin bertambah kerana anda membuat keputusan keluar daripada agama Islam yang suci dan mungkin kini kembali ke agama asal. Sangat sedih rasanya kerana itu keputusan yang anda ambil.

Dang Setia tidak mahu terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada sesiapa, namun berharap anda boleh berlapang dada untuk membaca pendapat Dang Setia dan membuat penilaian daripada perspektif lebih luas. Mudah-mudahan hidayah Allah akan sekali lagi melimpahi anda.

Anda mungkin berasa memiliki alasan kukuh apabila memilih untuk keluar daripada Islam, namun bagi Dang Setia, anda tidak harus meletakkan sepenuhnya segala kesalahan ke atas bahu orang lain. Sebaliknya, anda perlu turut merenung ke dalam diri dan menilai semula tindakan anda.

Dang Setia akui, orang Islam yang menghina, mencaci dan menyusahkan anda tidak patut bersikap sedemikian. Disebabkan mereka, kemurnian dan kesempurnaan Islam terjejas. Bak kata bidalan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Malangnya, hakikat ini tidak anda sedari apabila bersikap ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Maksudnya, kerana marahkan sebilangan kecil individu tertentu, keseluruhan agama Islam anda salahkan dan membuangnya sebagai pegangan hidup.

Jika kita bercakap daripada perspektif pengurusan masalah, nyata anda tidak melakukan tindakan betul. Sebagai contoh, anda bekerja di organisasi yang terbukti paling hebat di pasaran kerja, menerima pendapatan lumayan dan pelbagai lagi faedah menarik.

Namun disebabkan dua atau tiga kakitangan di tempat kerja itu bersikap negatif, anda terus mengambil keputusan berhenti kerja.

Sebenarnya, contoh ini tidak 100 peratus tepat kerana hakikatnya tiada yang dapat dibandingkan dengan kesempurnaan Islam. Cuma ia Dang Setia ketengahkan untuk memberi kejelasan kepada anda.

Yang lebih penting di sini ialah Dang Setia mahu anda membuka minda dengan lebih luas mengenai Islam, baik mengenai ajarannya, begitu juga sejarah perkembangannya, termasuk cabaran getir yang dihadapi baginda Nabi Muhammad SAW serta sahabat, terutama golongan paling awal memeluk Islam.

Di dalam al-Quran, perkara ini dinyatakan apabila Allah berfirman yang maksudnya: “Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Tujuan ayat ini jelas, iaitu Allah mengingatkan kita, setiap umat Islam pasti menerima ujian daripada Allah dalam pelbagai bentuk dan keadaan untuk menguji sejauh mana keimanan serta ketakwaan kita.

Maksudnya, kita tidak boleh sekadar mengaku kita seorang Islam, beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW, tetapi apabila dihadapkan dengan ujian atau rintangan, kita mula mengeluh, menyerah kalah serta tidak mampu mempertahankan akidah.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, ada baiknya anda membaca buku sejarah perjuangan Rasulullah dan sahabat. Sebagai panduan, memadai Dang Setia kongsikan di sini kisah Bilal ibnu Rabah, hamba yang termasuk di kalangan tujuh orang yang pertama menzahirkan keislaman secara terang-terangan, biarpun diancam kafir musyrik.

Apabila mengetahui Bilal memeluk Islam, tuannya menyeksa Bilal dengan memakaikan baju besi dan dijemur di padang pasir yang sangat panas. Apabila ditanya pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Esa, Yang Esa).

Bilal kemudian diseret hingga ke lereng gunung, tetapi Bilal tetap memperkatakan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya tidak bergoncang sedikitpun. Melihatkan tiada perubahan berlaku dalam diri Bilal, mereka mempertingkatkan seksaan dengan meletakkan batu besar di atas badannya yang terjemur di tengah kepanasan matahari.

Namun tiada ucapan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’ Bilal rela mati daripada menukar pegangan agamanya yang hak kepada yang batil.

Kesimpulannya di sini, tidak syak lagi Islam sangat sempurna. Yang tak sempurnanya mungkin orang (penganut Islam). Jadi jangan dibuang atau disalahkan Islam.

Jika manusia membuang Islam, Islam tidak rugi dan tidak sedikitpun terjejas, tapi yang teramat ruginya serta menzalimi diri sendiri ialah manusia itu sendiri.

Mudah-mudahan anda mendapat pedoman dan pengajaran daripada apa yang Dang Setia paparkan di ruang yang terhad ini dan Dang Setia berdoa semoga Allah memberi petunjuk serta hidayah-Nya kepada anda untuk kembali semula kepada Islam, agama sempurna untuk dunia dan akhirat.

Surah Asy-Syams

Al-Quran, Surah 91, Asy Syams (Sun @ Matahari)

In Surah Asy-Syams, Allah swore by the Sun, Moon, Day, Night, Heavens, Earth and Mankind. Why? Certainly there are signs for people who reflect.....



Dalam Surah Asy-Syams, Allah bersumpah dengan matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan diri manusia. Kenapa? Sesungguhnya terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir......

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya;
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya);
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!
[14] (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
.

Al-Quran itu dari Allah

Kematian mengejut seorang pemain bolasepak Saudi Arabia di saksikan khalayak ramai. (Switch-on Speaker, dengar bacaan Surah Al-Waqiah):



Surah (56) Al-Waqiah: Ayat 80-89

80: Al-Quran itu diturunkan dari Allah, Tuhan sekalian alam.


81: Patutkah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?

82: Kamu mengganti rezeki yang Allah berikan dengan mendustakan Allah

83: Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkong

84: Sedang kamu pada masa itu berada di sekelilingnya menyaksikan keadaannya

85: Dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu. Tapi kamu tidak melihat

86: Maka mengapa jika kamu tidak dikuasai oleh Allah (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Allah

87: Kamu kembalikan nyawa itu kepada keadaan sebelumnya, jika betul kamu adalah orang-orang yang benar

88: Adapun jika dia yang mati termasuk dalam Muqarabbin (orang yang didekatkan kepada Allah)

89: Maka dia memperoleh kesenangan, rahmat serta Syurga kenikmatan.
ALLAH telah mengingatkan kita berkali-kali, kematian dikhalayak ramai.
Peringatan untuk diri (sendiri dan sahabat).

.

Why Abdul Raheem Green came to Islam

About Abdul Rahim Green in Wikipedia and on Google search. His interview:


.

Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat

Written by Siti Mashitah, Global Media Channel
Sunday, 03 February 2008

Azmil MuztafaAPABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini.

Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.
Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.
Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.
Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.
Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu.
Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.
Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.
Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.
Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.
Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.
Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik
Bagaiman saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.
Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.
Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.
(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ‘A’)
Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.
Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.
Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.
Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.
Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.
Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?Azmil Mustafa
Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.
Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?
Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.
Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.
Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.
Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.
Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.
Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.
Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.
Azmil MustafaIslam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.
Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
-->