Firman Allah... "Jauhi Zina" bukan Jangan Berzina

Allah memerintahkan "jauhi zina!". Perhatikan Allah tidak menggunakan firman "jangan berzina" tetapi Allah memerintahkan "jauhi zina". Sebab apa? Kerana Allah Maha Mengetahui iaitu..... godaan syaitan yang bercampur nafsu sex adalah sangat kuat, dan manusia mungkin melakukan dosa-dosa yang besar kalau mendekatinya.

Jauhi zina bermakna jauhi semua perkara2 yang boleh membawa kepada zina. Kakak2 dan adik2, jangan meleset2 dekat lelaki, jangan bermanja2 dengan bukan muhrim, jangan ikut kawan yang membawa ke neraka. Abang2 dan adik2, jaga pandangan mata, jangan ikut rasa, jangan jadi syaitan. Dan jangan ikut dakyah Zionis.... free sex, same sex, swing sex, sex in the city dll. Zionis panggil orang yang bukan bangsa yahudi sebagai "lembu"!!! Janganlah kita setuju dan jadi lembu!

Sex sepatutnya indah, hubungan halal antara suami-isteri, dinikmati dengan selesa dalam suasana tenang dan dapat pahala yang banyak! Islam memudahkan perkahwinan, ambil jalan yang halal. Tak perlu pun belanja puluh2 ribu nak nikah.

Kalau tak mampu tapi rasa teringin sangat, maka ikut nasihat Rasulullah..... jangan mendekati perkara yang boleh membawa kepada zina, fikir benda lain, banyakkan berpuasa dan sibukkan diri dengan benda2 lain yang boleh membawa kekayaan dan kemenangan.

Bila lelaki dan perempuan duduk berduaan, maka yang ketiga ialah Syaitan:



Jauhi zina. Kalau sudah akil baligh, pasti boleh mengandung. Kalau dah buat sex cara berzina, kemudian buang anak dalam tong sampah. Berapa banyak dosa besar tu? Kalau ulang2 lagi, berapa ribu tahun nak duduk dalam neraka? Mana nak letak muka depan Allah di akhirat nanti?

Prevention is better than cure. Kalau kawan kata tak cool, pedulikan dan ikut nilai diri sendiri. Dunia ini luas.... rezeki dan jodoh minta pada Allah. Mintak yang best, halal dan membawa ketenangan.



Tidak ada perkataan terlanjur dalam zina. Mana boleh tiba2 "terbuka" kain dan seluar? Tetapi kalau dah buat zina.... maka berhenti segera, jangan ulang lagi dan bertaubatlah memohon ampun kepada Allah dengan airmata setiap hari sehingga mati. Buat kebaikan sebanyak2nya. Moga-moga Allah menerima taubat tersebut. Hutang sebat 100 kali?..... tanya Mufti.
.

No comments:

Post a Comment