Semasa umur 40 tahun, saya dan isteri masih tidak pandai membaca Al-Quran. Mengaji tersangkut-sangkut, tak pasti huruf bacaan dan tajwid pun tunggang terbalik. Baca tetap baca, tetapi hati tidak puas.
Alhamdulillah, selepas 6 semester mengikut kursus oleh IfLA, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kami boleh membaca Al-Quran dengan agak fasih dan disertai tajwid.
1 semester lebihkurang 18 minggu atau 36 jam. Setiap minggu cuma dua jam diperlukan untuk belajar di kelas (lain waktu berlatih sendiri). Tenaga pengajar dari pensyarah UIA.
Pendaftaran semester Mac 2011 sedang dibuka. Kalau dah ada asas, boleh terus ke peringkat tinggi selepas ujian. Dulu, saya dan isteri memilih untuk belajar dari Asas 1.
Maklumat lanjut di Laman Web KUTAQ
Sangat best nikmatnya membaca Al-Quran dengan fasih beserta tajwid! Saya menyesal tak belajar dan amalkan dari dulu. Still, better late than never.....
Tolong sampaikan kepada sahabat2 lain. Semoga sama-sama dirahmati Allah :)
..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Dosa ke klau bca al-quran sngkut2? Dn tnpa tajwid? Cuma ingin tahu..
ReplyDeleteSalam Zahran :)
ReplyDeleteBelajar tajwid ialah fardhu kifayah, tetapi membaca Al-Quran dengan tajwid ialah fardhu ain. Sila rujuk http://www.rehal.org/Tajwid
Kalau salah tajwid seperti sebutan huruf, ada kemungkinan bertukar makna Ayat Al-Quran. Kalau baca Al-Fatihah dengan tajwid yang salah, solat tidak sah. Jadi penting belajar tajwid.
Mula2, memang baca tersangkut. Bacalah hari2. Dengar CD Qari seperti Al-Ghamidi atau Khalil Khusairi. InsyaAllah bacaan jadi lancar dan terasa sangat manis.
Dan bacalah juga terjemahan Al-Quran. Selamat beribadat :)
Trima kasih atas penerangan saudara Azmi. Trima kasih.
ReplyDelete