Sihat itu Nikmat, Sakit itu Hikmat

Alhamdulillah syukur kerana Allah kurniakan kita kesihatan dan kesempurnaan. Sekiranya Allah menguji kita dengan mengambil semula kesihatan yang dipinjamkan..... tingkatkan taqwa, tuluskan doa, gandakan ibadah dan tetapkan tawakal.

Allah Maha Mengetahui hikmah dalam ujianNya. Masih banyak nikmat yang boleh kita syukuri termasuk kesihatan dan keimanan keluarga tersayang. Iktibar yang baik daripada kisah Nabi Ayub atau Prophet Job.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kepada saudara yang uzur, kita bantu sedaya upaya dengan usaha, wang, doa dan sebagainya. Berikut ialah sumbangan idea, semoga dapat membantu:

1. Teknik Berkomunikasi Alternatif

Ada pesakit yang lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bercakap, tetapi mempunyai minda yang berfungsi dan berupaya. Teknik alternatif boleh diguna untuk terus berkomunikasi:
  • Memilih huruf dengan kerlipan mata ~ dengan bantuan fisionya, Jean-Dominique Bauby telah "menulis" buku The Diving Bell and the Butterfly menggunakan hanya kerlipan mata kiri beliau.
  • Renungan mata ~ contohnya Russ menggunakan mesin renungan khas
  • Touchpad ~ sekiranya jari boleh digerakkan
  • Interface suara ~ seperti yang diguna oleh Stephen Hawking
(Baru terjumpa artikel yang jelas daripada Jepun = Communicating with Nonverbal Patients in India: Inexpensive Augmentative Communication Devices. Klik di sini)

2. Kekuatan Otak Manusia

Allah mengambil dan Dia juga berkuasa memberi semula kekuatan dan kesihatan. Berikut adalah contoh yang memberi inspirasi kepada kita:

  • Jean-Dominique Bauby menulis sebuah buku
  • Stephen Hawking dikenali sebagai seorang pakar astro-fizik genius
  • Dr Jill Bolte Taylor sembuh daripada lumpuhnya walaupun mengambil masa 8 tahun (video dan google)
  • Morris Goodman yang juga dikenali sebagai "The Miracle Man" bangun berjalan semula setelah terlibat dalam kemalangan kapalterbang. Di bawah ialah video beliau. Juga perhatikan cara komunikasinya dengan teknik kerlipan mata:



3. Positif dan Semangat

Contoh mereka yang di atas mempunyai sikap yang sangat positif dan semangat yang kental. Antara cara untuk membantu meransang semangat:
  • Jauhkan dari menonton dan membaca berita
  • Jauhkan dari rancangan tv, cd dan internet yang tidak memberi faedah
  • Tonton VCD yang memberi inspirasi seperti "The Secret" dan menambah keimanan seperti "HarunYahya"
  • Dengar bacaan buku pemikiran positif dan buku Islam (melalui kaset atau dibacakan)
  • Cerita yang baik, positif dan memberi semangat
4. Dekatkan Diri Pada Allah

Setiap kejadian mempunyai hikmah yang hanya diketahui Allah. Berikan semangat dan sokongan kepada pesakit untuk mendekatkan diri kepada Allah, contohnya:
  • Kerjakan solat wajib dengan isyarat (keringanan, tayammum, kohalal)
  • Kerjakan berbagai solat sunat termasuk solat hajat
  • Berzikir, beristighfar, bersolawat dan berdoa
  • Menghafal Al-Quran dan terjemahannya
  • Belajar ugama dari ustaz yang melawat
Disiarkan dalam rancangan Al-Kuliyyah (TV3) bahawa pesakit yang terbaring stroke boleh bertayammum (episod 7 nov 2008). Kata Ustaz Abdullah "Dia sakit dan tidak boleh pergi ke air. Air ada tapi dia stroke atau lumpuh, dia tidak boleh pergi ke bilik air". Beliau juga memberitahu dalam kapalterbang boleh solat dengan bertayammum.

Berikut pula ialah ulasan Ustaz Asri tentang tayammum dan orang sakit. Beliau juga tidak bersetuju dengan konsep "solat hormat waktu" (sama ada di dalam kapalterbang dan oleh orang yang uzur). Tambah beliau, cukup tayammum hingga ke pergelangan tangan (hingga ke siku ialah sunat). Sesungguhnya Allah memudahkan kita....



5. Rawatan Alternatif

Manusia berusaha, Allah menentukan. Antara rawatan alternatif untuk angin ahmar:
Sahabat saya Abu Bakar terlantar kerana stroke. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah mengurniakan beliau sekeluarga dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Dan semoga Allah makbulkan doanya serta ditambah dengan yang lebih baik. Amiiin......
.

No comments:

Post a Comment