Tip Haji

Rakan2 yang akan menunaikan haji bertanya apa tip untuk mereka. Dibawah ni saya senaraikan beberapa pesanan yang pernah diberi kepada saya:

~ Daripada sebelum pergi sehingga pulang nanti..... setiap saat sentiasa Fikir baik, Cakap baik, Buat baik! Walau apa pun kejadian yang dihadapi, tetapkan minda, hati dan perbuatan pada tiga 'habit' tu..... otomatik kita jadi orang yang sabar, tidak buat maksiat/keburukan dan tidak bertengkar.

~ Tetapkan hati ikhlas kerana Allah, concentrate beramal-ibadat dan muhasabah diri. Berserah kepada Allah sepenuhnya.... Ia akan menjaga diri, keluarga dan harta kita.

~ Wukuf ialah daripada Zohor hingga Maghrib di Arafah. Jangan tidur, jangan berbual2 dan jangan buang masa. Wukuf ialah 'highlight' haji. Waktu itu Allah turun ke langit dunia dan berbangga di hadapan malaikat atas hamba2Nya. Selepas solat Zohor berjemaah, asingkan diri dari orang lain, gunakan setiap saat untuk bertaubat, bersyukur, berdoa, bertaqarub. Menangislah di hadapan Allah sebagai hamba yang bersyukur atas segala macam nikmat yang diberiNya dan sebagai hamba yang memohon keampunan, keredhaan dan kasihNya.....

~ Belajar teknik ambil wuduk guna satu botol kecil air mineral, dan yakin sempurna.

~ Permudahkan diri masa solat jemaah. Kalau terpaksa (orang sesak dan solat dah mula), solat aje berdiri di belakang orang. Dia rukuk/sujud, kita rukuk/sujud juga tetapi berdiri.

~ Semasa di Madinah, selawat banyak2. Lawatlah Rasulullah hari.

~ Ikut aje cakap ustaz. Dia cakap berilmu. Tanya boleh, tapi usah kita berloyar buruk.

~ Jangan terlalu memikirkan tentang mengelak dari tersentuh wanita. Buat kerja kita. Kalau TERsentuh dan tidak naik syahwat, tidak batal wuduk.

~ Khidmat bagasi haji (dari Pos Malaysia) sangat berguna. Sebelum balik, dah boleh hantar kurma dan barang ke mak bapak di kampung.

~ Haji ialah masa untuk berkenalan. Kalau nak, sebelum pergi print name card (nama, email, phone number, blog, website). Boleh beri pada sesiapa untuk silaturrahim.

~ Buat amal ibadat sebanyak2nya.... zikir, baca Al-Quran, solat sunat siang & malam, solat jenazah, usung jenazah, tawaf sunat, umrah etc. Namun, jangan terlalu memaksa diri sampai melebihi kemampuan tubuh. Yang paling penting ialah wukuf.

~ Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah.

~ Semoga Allah kurniakan sahabat2 kemudahan dan kelapangan dalam beribadat, serta dikurniakanNya Haji dan Umrah yang mabrur.

** Tips Haji tambahan di Facebook Azmi Ahmad

Pada sahabat2 yang nak tambah tips, sila click "COMMENTS" di bawah :)
.

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang ringkas tetapi padat. Hanya Allah yang dapat melimpahkan rahmat ke atas kita semua

    ReplyDelete
  2. Tips Haji tambahan di
    https://www.facebook.com/notes/azmi-ahmad/tip-haji/10152431137749830

    ReplyDelete
  3. May Allah Give Us the Chance To perform Hajj This Year! InshAllah

    ReplyDelete