Lancar Baca Al-Quran

Seorang sahabat Cina saya berugama Islam mengeluh dia tidak dapat baca Al-Quran dengan lancar dan laju seperti orang Melayu. Katanya lidah orang Cina susah baca Al-Quran. Masa tu saya pun tak tahu nak jawab macam mana. Semalam, dapat ilham untuk menjawabnya....

Semua bangsa boleh baca Al-Quran dengan lancar. Kita ada Brother Lee dan Ridhuan Tee sebagai contoh bangsa Cina. Ada Ustaz Ravi Abdullah dari bangsa India yang mengajar Al-Quran di Tilawah Interaktif (RTM1). Dan contoh2 dari pelbagai bangsa yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

Saya dulu baca Al-Quran tersangkut-sangkut. Alhamdulillah sekarang boleh lancar. Mungkin ini cara yang boleh digunakan:
  • Mesti berdoa dan yakin Allah mudahkan

  • Baca Al-Quran, jangan tunjuk dengan pen atau jari. Guna mata sahaja bila membaca Al-Quran. (Bila baca buku, kita tidak tunjuk dengan apa-apa alat!)

  • Sewaktu membaca, mata lihat huruf ke hadapan. Contohnya kalau nak baca Bismillah... bila mulut baca "Bis", mata sudah melihat "mil". Bila mulut baca "mil", mata sudah sampai ke "lah". (Pun sama macam kita baca buku atau suratkhabar, mata kita baca ke hadapan mendahului mulut)

  • Dengar dan ikut bacaan qari seperti Al-Ghamidi dan Masyari. Saya nasihatkan pada awal belajar Al-Quran, jangan ikut qari Tarannum sebab kita jadi sibuk nak ikut lagu. Yang penting ialah lancarkan bacaan, dengan melodi biasa pun okay.

  • Belajar tajwid daripada asas
  • Gunakan Al-Quran yang ada tanda tajwid
  • Amalkan baca Al-Quran setiap hari
Semoga dapat membantu. Kalau ada idea tambahan, jemput klik "comments" di bawah.
.

4 comments:

  1. Mie, kalau nak betul2 lancar ... kena baca dengan hati (qalbu). Tapi hati itu terlebih dahulu kena bersih, jadi memang betul kita kena banyak mohon ampun dan doa kepada Allah.

    Salah satu dari 5 petua @ ubat untuk hati adalah membaca Al-Quran dan faham maksudnya.

    Tapi manusia sendiri suka membebankan diri sendiri .... buat permulaan, cukuplah baca bismillahhirrahmannirrahim di lidah ... sementara di hati ungkapkan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Buat istiqamah, 1,000 setiap lepas waktu sembahyang .....

    ReplyDelete
  2. Mata memang mesti suka melihat Ayat2 Al-Quran dan hati seronok nak membaca Al-Quran. Kalau kerana terpaksa, pasti tidak menjadi.

    Faham maksud memang lebih afdhal. Saya belum sampai peringkat itu. Sekarang nak concentrate lancar baca beserta tajwid. Alhamdulillah semakin baik dengan kurniaan Allah.

    Paragraph yang last tu "we agree to disagree"! Pengalaman saya, baca Al-Quran membawa hikmat yang besar. Mulakan membaca dan amalkan setiap hari. Allah berbangga dengan usaha kita. Masa belajar silap pun takpe. Iqra! Bacalah Al-Quran dan tambah dengan zikir yang lain :)

    Masih menunggu teh tarik ni....

    ReplyDelete
  3. Sori Mie, weekend ni kena balik kampung bini pulak .... insyaAllah next week.

    p/s makna/tafsir dalam bab Quran ni kalau tak silap ada tujuh peringkat .... ikut makam masing-masing. Tak ramai yang boleh tahu kenapa huruf Alif tu tengak berdiri umpama api sedang marak, kenapa ba melengkung dan ada titik di bawah ... etc etc ... sebab Allah akan bagi ganjaran bagi setiap huruf bagi sapa-sapa yg membaca Al-Quran.

    Di ambil contoh solat sunat dhuha .... 2 rakaat adalah rukun atau syarat, tapi ganjarannya adalah untuk setiap 360 sendi yang bergerak menyembah Allah ...

    Ada rahsia yang amat besar di sebalik kalimah Bismillah dan dari huruf-hurufnya yang secara purata tidak diketahui oleh kebanyakan orang .... wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing

    jom singgah:)
    http://tipssihat-ibuzara.blogspot.com/

    ReplyDelete