Semua bangsa boleh baca Al-Quran dengan lancar. Kita ada Brother Lee dan Ridhuan Tee sebagai contoh bangsa Cina. Ada Ustaz Ravi Abdullah dari bangsa India yang mengajar Al-Quran di Tilawah Interaktif (RTM1). Dan contoh2 dari pelbagai bangsa yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar.
Saya dulu baca Al-Quran tersangkut-sangkut. Alhamdulillah sekarang boleh lancar. Mungkin ini cara yang boleh digunakan:
- Mesti berdoa dan yakin Allah mudahkan
- Baca Al-Quran, jangan tunjuk dengan pen atau jari. Guna mata sahaja bila membaca Al-Quran. (Bila baca buku, kita tidak tunjuk dengan apa-apa alat!)
- Sewaktu membaca, mata lihat huruf ke hadapan. Contohnya kalau nak baca Bismillah... bila mulut baca "Bis", mata sudah melihat "mil". Bila mulut baca "mil", mata sudah sampai ke "lah". (Pun sama macam kita baca buku atau suratkhabar, mata kita baca ke hadapan mendahului mulut)
- Dengar dan ikut bacaan qari seperti Al-Ghamidi dan Masyari. Saya nasihatkan pada awal belajar Al-Quran, jangan ikut qari Tarannum sebab kita jadi sibuk nak ikut lagu. Yang penting ialah lancarkan bacaan, dengan melodi biasa pun okay.
- Belajar tajwid daripada asas
- Gunakan Al-Quran yang ada tanda tajwid
- Amalkan baca Al-Quran setiap hari
.
