Hari Ibu....

Dalam Islam, setiap hari ialah Hari Ibu dan Hari Bapa. Sambutan setahun sekali bukan tradisi Islam. Jadi raikan ibu bapa kita dengan kasih sayang setiap hari sementara mereka masih ada. Dan doakan kebaikan mereka, sekurang2nya setiap lepas solat.

Allah telah berfirman dalam Surah 17 Al-Israa' : Ayat 23 - 24
[23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) walau perkataan "AH" sekalipun dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

[24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya dengan belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
English translation:

“Your Lord has commanded that you worship none but Him, and that you be kind to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) “UGH” nor chide them, and speak to them a generous word.

And make yourself submissively gentle to them with compassion, and say: O my Lord! Have compassion on them, as they brought me up (when I was) little.”

No comments:

Post a Comment