1. Persediaan Sebelum Bergerak
- Cara Solat Sunat Musafir, Solat Jamak dan Solat Qasar2. Permulaan dan Sepanjang Perjalanan
- Cara mengambil wuduk dengan satu botol air
- Buat nota waktu solat di semua tempat2 yang dituju
- Bawa Kompas Kiblat
- Bawa sejadah nipis dan ringan (kain atau plastik)
- Bawa botol mineral water kosong 500 ml
- Bawa sarung tangan dan stokin untuk wanita
- Cari peta atau tunjukarah masjid berdekatan
Waktu Solat dan lokasi Masjid di serata dunia boleh didownload daripada www.IslamicFinder.org dan www.IslamiCity.com.
- Solat Sunat Musafir3. Bersuci
- Laungkan Azan
- Baca doa naik kenderaan
- Zikir semasa perjalanan
- Saksikan Keagungan ALLAAH sepanjang perjalanan
- Amalkan sunnah2 Rasulullah semasa bermusafir
Kalau tandas hanya ada toilet paper, tadah air di sinki guna botol kosong dan bawa masuk ke dalam tandas. Selepas kesat dengan toilet paper, bilas dengan air bersih.4. Berwuduk
Namun jika tidak ada air, boleh gunakan cara2 lain untuk beristinjak seperti yang terangkan oleh Ustaz Hassan Din dan Ustaz Azhar Idrus.
Apabila berwuduk, tidak perlu guna melimpah2 air dan mengangkat kaki ke atas sinki. Boleh menjadi kejutan budaya kepada ramai orang di luarnegara.5. Menunaikan Solat
Semasa menunaikan haji, sangat berguna jika kita belajar mengambil wuduk dengan sebotol air mineral 500 ml kerana paip terlalu sedikit dan jemaah haji teramat ramai.
Jadi semasa mengembara, tadah air satu botol dan ambil wuduk di tepi pokok atau parit. Kalau mengambil wuduk di toilet, boleh basuh kaki di dalam tandas menggunakan air botol selepas membasuh muka, tangan dan kepala di sinki.
Dan sekiranya tiada air, tayammum seperti yang diterang dalam video2 ni.
Waktu solat tempat lain mungkin berbeza daripada Malaysia. Tulis waktu solat pada kertas kerana mungkin tidak dapat Internet akses bila diperlukan!6. Solat di Masjid
Kita boleh bersolat di mana2 tempat yang bersih seperti di tepi bangunan, di sudut taman dan sebagainya. Pastikan tidak mengganggu lalulintas!
Untuk bersolat, cari kiblat menggunakan kompas kiblat, bentang sejadah dan solat dengan khusyuk. Orang sekeliling tidak kenal kita pun!
Wanita yang telah bertudung dan memakai baju yang sesuai boleh terus bersolat dengan menyarungkan sarung tangan dan stokin.
Jika ada peluang, lawatlah Masjid2 di luarnegara untuk bertemu Muslimin dan bersolat jemaah di sana. Jika menaiki bas atau keretapi, pastikan ada tahu stesen terdekat untuk ke masjid tersebut (dapatkan daripada laman web masjid sebelum bertolak).Kalau ada tip atau cara yang lain, jemput berkongsi di ruang komen di bawah.
Semoga ALLAAH rahmati, redhai, berkati dan lindungi kita, keluarga dan sahabat2 sepanjang setiap perjalanan. Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin.
.

0 Comments:
Post a Comment